Monday 18 April 2016

LATIHAN INDUSTRI



PENGHARGAAN

          Syukur kepada tuhan yang maha esa dan selamat sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat-NYA kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menamatkan latihan dan menyiapkan laporan ini. Latihan industri yang saya jalani ialah selama 20 minggu bermula dari 30 november 2015 sehingga 15 april 2016  seperti mana yang saya sedia maklum, politeknik telah menetapkan bahwa setiap pelajar wajib menjalani latihan industri bagi melengkapkan kursus yang diikuti.

          Disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua semua kakitangan di JN BUSINESS CENTRE yang banyak member tunjuk ajar, bimbingan dah nasihat kepada saya semasa berada di dalam latihan. Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan CELCOM kerana telah banyak membantu serta sudi berkongsi pengalaman bersama saya semasa melakukan kerja.

          Terima kasih juga kepada pensyarah di unit latihan industri kerana banyak memberi maklumat tentang latihan kepada saya. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang telah banyak meluangkan masa untuk berbincang mengenai laporan ini bersama saya serta kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan laporan industri ini. 




DEDIKASI
  
     Laporan industri ini saya dedikasikan kepada pensyarah yang akan memeriksa keseluruhan laporan ini. Kandungan  laporan ini telah saya siapkan mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Pelbagai sumber rujukan telah saya gunakan untuk menyiapkan laporan industri ini bagi tujuan dapat menghasilkan sebuah laporan industri yang berkualiti.

       Selain itu, laporan industri ini juga saya dedikasikan kepada para pelajar semester seterusnya yang akan menjalani latihan industri dengan menjadikan blog ini sebagai bahan rujukan untuk menyiapkan laporan industri kelak. Dalam kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat ketika saya menyiapkan blog laporan ini. 



PERAKUAN PELAJAR


“Saya akui laporan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan,gambar dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.’’




…………………………..

Nama Pelajar : NUR ZULAIKA BINTI MURAT

No. Pendaftran : 21DIP14F1034

Tarikh : 11 APRIL 2016



Disahkan oleh :


…………………………                                                         Tarikh :
( NORZATOLLIZA BINTI MAT SAWALI)

PENGURUS JN BUSINESS CENTRE 




PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI

JN BUSINESS CENTRE
432, Taman Saujana, Jln Kamunting
34600 Kamunting, Perak.

Tarikh:15 april 2016

Pengarah,
Politeknik Balik Pulau
Pinang Nirai MKE, 11000 Balik Pulau
Pulau Pinang, Malaysia.

Tuan / Puan,
PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI

NAMA                          : NUR ZULAIKA BINTI MURAT
NO. PENDAFTARAN : 21DIP14F1034
KURSUS                      : DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)
TEMPOH LATIHAN    : 30 NOVEMBER 2015 – 15 APRIL 2016

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan  bahawa pelajar berkenaan telah menamatkan latihan industri di organisasi kami dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.

…………………………..
Tandatangan Pegawai  
Nama Pegawai             : NORZATOLLIZA BINTI MAT SAWALI
Jawatan                         : PENGURUS
Tarikh                             :15 april 2016

No comments:

Post a Comment