Monday 18 April 2016

DAPATAN DAN CADANGAN



          Menjalani latihan indusrti merupakan langkah yang bijak dan tepat selaras dengan pembangunan Negara. Dengan adanya latihan industry ini, pelajar dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman serta mengetahui keadaan alam pekerjaan yang sebenar. Peranan yang dimainkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ini dapat melahirkan bakal intelek dan tenaga mahir yang berkualiti serta onovatif kea rah kecemerlangan menuju wawasan 2020. Melalui pengalaman sebeginilah, pelajar-pelajar juga harus membuat perancangan yang teliti bagi menentukan sesuatu usaha itu boleh dicapai.


          Apabila selesai menjalani latihan ini, para pelatih dikehendaki menyediakan laporan lengkap mengenai latihan yang telah dijalankan. Salah satu tajuk yang diwajibkan adalah dapatan dan cadangan daripada pihak firma itu sendiri. Ia bukanlah untuk mencari kelemahan dan kesilapan pihak tersebut tetapi ia diharap dapat memajukan lagi kedua-dua pihak pada masa akan datang.


          Dapatan yang pertama saya perolehi semasa menjalani latihan industry di firma tersebut ialah pengalaman berhadapan dengan orang ramai yang dianggap sebagai sasaran pelanggan celcom bagi produk yang bersesuaian oleh celcom. Mempelajari cara berkomunikasi dengan orang ramai dengan pelbagai teknik antaranya memujuk, penerangan serta pendapat kepada orang ramai.
       Dapatan kedua yang saya perolehi ialah pengurusan pejabat. Ia mengenai susun atur dokumen serta mengfailkan dokumen dengan lebih teratur. Selain itu, persekitaran pejabat juga perlu dipersembahkan dalam keadaan yang bersih, kemas dan teratur supaya member keselesaan kepada pelanggan yang hadir dan kakitangan yang berada di pejabat.


          Cadangan yang pertama ialah sebelum mengambil seseorang pelatih, pihak firma diharap supaya mendapatkan semua maklumat lengkap mengenai pelatih
Seperti maklumat kesesuaian latihan agar dapat membantu memilih pelatih yang bersesuian sahaja untuk menjalani latihan di firma tersebut. Pihak firma juga diharap member sepenuh komitmen di dalam melatih pelatih yang melakukan latihan khususnya kepada pelajar yang belum mahir.



          Cadangan yang kedua ialah pihak firma disarankan supaya tidak mengambil terlalu ramai pelatih kerana apabila terlalu ramai maka akan terdapat sesetengah pelatih yang kurang mendapat pendedahan, kekurangan tenaga pengajar dan sebagainya. Selain itu, seoleh-bolehnya pihak firma menyediakan jadual yang teratur untuk pelajar. Ini akan memudahkan pelajar membuat kerja dan laporan harian. Dengan ini pelajar akan mengetahui tentang kerja yang dilakukan

No comments:

Post a Comment