Monday 18 April 2016

BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT

 
      Rajah 2.1 kedudukan bahagian dalam kedai
  

Rajah 2.2 gambar kedai daripada luar


 
2.1 : LOGO SYARIKAT

 



Nama JN Business Centre yang tertera pada logo membolehkan pengenalan mudah logo dengan syarikat kami, yang menandakan sebuah syarikat yang terbuka dan mesra.

JN beserta gelung yang melingkarinya  melambangkan sebuah syarikat yang stabil, kukuh dan boleh dipercayai, manakala pergerakan orbit menandakan kemajuan, keupayaan menyesuaikan diri dan inovasi.

Warna merah menandakan ke arah pencapaian dan kejayaan.

  

2.2 : SEJARAH PENUBUHAN DAN PEMBANGUNAN SYARIKAT

Jn Business Center telah ditubuhkan pada 26 Mac 2006 di alamat No 28 Jalan 22, Taman Saujana Jaya, 34000 Taiping, Perak.  Walaubagaimanapun, perniagaannya dimulakan pada 2 Mei 2006 di alamat 16, Pusat Penjaja, Jalan Stesyen, 34600 Kamunting dimana kedai kecil yang hanya berukuran 10 kaki persegi yang menjadi tempat urusniaga dijalankan. Kedai ini adalah kedai Majlis Perbandaran Taiping yang disewakan untuk memulakan perniagaan berkaitan Insuran Am (MNI Insurance), Servis Penghantaran Barang (HMR Courier Service) dan sedikit jualan runcit. 

Pemiliknya adalah Norzatolliza Binti Mat Sawali yang menjalankan perniagaan secara Milikan Tunggal.  Beliau merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia, Sintok dalam jurusan Pengurusan Perniagaan bagi pengkhususan Pemasaran. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan dan pemasaran dan bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya. Beliau mengambil langkah dengan menamatkan perkhidmantan sebagai Eksekutif Pentadbiran / Khidmat Pelanggan di Perodua Sales Sdn. Bhd. bagi menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Bermula dengan modal permulaan perniagaan sebanyak RM30,000.00 hasil daripada simpanan semasa berkhidmat di Perodua Sales Sdn. Bhd. Kini kapital perniagaan menjangkau RM200,000.00. Tiada pinjaman perniagaan digunakan bagi menjalankan perniagaan tersebut. Beliau banyak merasai perit getir dalam menjalankan perniagaan diperingkat awalnya. Segala untung rugi serta jatuh bangun syarikat diuruskan secara sendiri bagi mencapai matlamat dan tekad untuk berjaya dalam perniagaan.



Pada Mei 2008 JN Business Center telah melangkah satu perjalanan baru di mana ia menceburi bidang baru dalam perniagaan dengan peluang yang disediakan oleh Celcom Mobile Sdn. Bhd. JN Business Center telah dilantik sebagai pengedar sah kepada Celcom Mobile Sdn. Bhd.dengan memfokuskan untuk menjadi pengedar bagi semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Celcom Mobile Sdn. Bhd. Pada Oktober 2009 JN Business Center mendapat pengiktirafan daripada Celcom sebagai Rakan Kongsi Eksklusif Celcom (Celcom Exclusive Partner (CXP)). Hasil peluang yang diberikan, pendapatan syarikat telah bertambah dan kedudukan JN Business Centre bertambah stabil dengan hasil perkongsian yang diperolehi daripada Celcom Mobile Sdn. Bhd.

Dahulunya JN Business Center sebuah kedai kecil dengan mempromosikan produk-produk Celcom tetapi kini JN Business Centre mengorak langkah tanpa menoleh kebelakang dengan berpindah ke premis baru sebagai Rakan Kongsi Eksklusif Celcom di Bagan Serai. Kini JN Business Centre boleh berbangga dengan titik peluh yang telah dicurahkan beliau menambah lagi 5 cawangan Celcom yang kini di buka di Kamunting, Tesco Taiping,  dan Kuala Kangsar dengan harapan dapat membantu anak-anak bangsa bagi mendapatkan peluang pekerjaan. 



 2.3 : PENCAPAIAN JN BUSINESS CENTRE

2006
Penubuhan JN Business Centre dengan perniagaan utamanya tertumpu kepada bidang Perkhidmatan Penghantaran Barang (Courier Service) dari syarikat HMR Courier Service dan  juga bidang Insurans dari MNI Insurans dengan menyewa sebuah premis Arked MARA di Kamunting, Perak sebagai pejabat urusniaga.

2007
JNBC menamatkan bidang ‘Courier Service’ atas sebab pihak HMR Courier Service tidak mahu lagi membuka cawangan di kawasan Taiping. Setelah itu, JNBC menumpukan 100% perniagaannya dibidang Insurans dengan penambahan beberapa lagi perkhidmatan insurans dari syarikat lain seperti Kurnia Insurans, Etiqa Insurans, Takaful Malaysia dan Takaful Ikhlas.

2008
JNBC mengorak langkah untuk menceburi bidang perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom. Pencapaian demi pencapaian dibuat melalui Celcom. Bermula sebagai Pengedar Biasa, kemudian dinaikkan taraf ke Pengedar Utama oleh pihak Celcom kerana mencapai target yang telah ditetapkan.

2009
JNBC telah ditawarkan oleh pihak Celcom Mobile Berhad untuk menjadi Rakan Niaga Celcom (Celcom Exclusive Partner – CXP) dengan membuka cawangan di Bagan Serai, Perak. JNBC juga telah berpindah dari Arked MARA di Kamunting ke sebuah premis perniagaan yang lebih selesa.

2010
JNBC telah meluaskan pasaran Perkhidmatan Celcom dengan membuka beberapa cawangannya iaitu di Taiping dan Kuala Kangsar, Perak. JNBC juga telah menerima anugerah Pencapaian Terbaik dari pihak Celcom.




2.4 : DATA SYARIKAT
Nama syarikat                    : JN Business Centre
Pemilikan Syarikat              : Milikan Tunggal
No. Pendaftaran Syarikat   : IP0237505-H
Tarikh Penubuhan              : 26.03.2006
Permulaan Perniagaan      : 2006
Alamat                                : No 432 Taman Saujana,
                                                  Jalan Kamunting,
                                                  34600 Kamunting, Perak.
Talian utama                       : 05-8080818 @ 058080828
Aktiviti Utama                 : Perkhidmatan Insuran Am, perkhidmatan pendaftaran Pakej           Prabayar & Pascabayar Celcom,  Pembayaran Bil Celcom, Perkhidmatan jualan telefon bimbit dan aksesori telefon.
Pengarah Urusan                : Norzatolliza binti Mat Sawali
Modal Dibenarkan              : RM200,000.00
Modal Berbayar                  : RM150,000.00
Syarikat Kewangan             : Maybank Berhad
Email                                   : jnbc@ymail.com




2.5 : MISI DAN VISI

“Menjadi No.1 dalam setiap bidang yang bakal diceburi”


Prinsip Panduan Misi JN Business Centre

Target utama JN Business Centre adalah untuk mencapai 3 Misi dalam tugas seharian iaitu :

1)    Misi kepada Pelanggan.

Pelanggan kami adalah sebab utama bagi kewujudan kami. Tanpa pelanggan-pelanggan organisasi kami akan binasa. Oleh itu, adalah misi kami dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami dan memupuk kecemerlangan perkhidmatan pelanggan sebagai keutamaan kami.

2)    Misi kepada Pekerja.

Pekerja adalah tunjang dalam organisasi kami. Tanpa pekerja organisasi kami akan lumpuh. Oleh itu, ia adalah misi kami memberi peluang kepada pekerja-pekerja untuk berkembang dalam organisasi kami dan meningkatkan taraf hidup mereka.

3)    Misi kepada Masyarakat.

Masyarakat memberikan kami ruang dan cara-cara untuk terus hidup. Tanpa masyarakat kami tidak akan sampai ke tahap sekarang. Oleh itu, ia adalah misi kami untuk berkhidmat dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat kita dalam membuka lebih peluang pekerjaan.



2.6 : CARTA ORGANISASI                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
 
 Rajah 2.6.1 menunjukkan carta organisasi pekerja

2.7: PRODUK-PRODUK



    Telekomunikasi (Celcom)

-       Pendaftaran Plan Pascabayar (Postpaid)
o   Talian 013 / 019 (Celcom Executive @ Celcom BIZ)
o   Penghijrahan talian 012,014,016,017,018 ke Celcom
o   Jalur Lebar (Broadband)

-       Pendaftaran Plan Prabayar (Prepaid)
o   Magic Sim 

-       Pembayaran bil Celcom

-       Penukaran Kad Sim

-       Tambah nilai Prepaid Celcom

-       Jualan Telefon Bimbit & Aksesori.

2.    Insurans
-       Insuran Am Kenderaan
o   Insurans Takaful Malaysia
o   Insurans Takaful Ikhlas
o   Etiqa Insurans
o   Kurnia Insurans




  2.8 : LOKASI & ALAMAT DIHUBUNGI

Pejabat Utama -  Taiping
Alamat            : No 422 & 432 Taman Saujana, Jalan Kamunting, 34600 Kamunting, Perak.
Tel                   : 05-8080818 / 05-8080828

Cawangan Kuala Kangsar
Alamat            : Bangunan Arked MARA Kuala Kangsar, Jalan Utama, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
Tel                   : 019-5546412

Cawangan Seri Iskandar
Alamat             :FF-06A, 1st Floor D Mall, Seri Iskandar Business Centre, 32600 Bandar Seri Iskandar Perak.
Tel                      :019-5546412


No comments:

Post a Comment