Monday 18 April 2016

BAB 1 : PENGENALAN



1.1  Pendahuluan

           Latihan industry merupakan salah satu syarat yang wajib diambil oleh setiap pelajar politeknik bagi memperoleh sijil atau diploma dalam sesuatu kursus yang diambil. Para pelajar yang mengambil kursus pada peringkat diploma akan menjalani latihan industry ini pada semester keempat. Pada keseluruhannya latihan dari segi amali lebih praktikal dalam tempoh latihan industry yang dijalankan selama 20 minggu setiap pelajar.


           Selama menjalani latihan industry ini, pelajar didedahkan dengan pelbagai bentuk pekerjaan yang juga melibatkan tenaga pelajar iaitu kekuatan fizikal. Para pelajar juga dilatih dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kursus yang dipelajari semasa pengajian. Dengan ini, para pelajar dapat membentuk sikap kreatif, inovatif serta peka terhadap proses pembangunan masa kini seiring dengan alaf baru. Keyakinan dalam diri akan sendirinya tersemai dan bersemangat menempuh segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Dengan pengalaman yang diperolehi ini dapat

sedikit sebanyak membantu melahirkan sikap bertanggungjawab ke atas tugas-tugas yang dilaksanakan dan berusaha sedaya upaya menjadi seorang pekerja yang jujur dan cemerlang dalam bidang yang diceburi kelak. Untuk menempuh segala cabara di alam pekerjaan yang sebenar adalah sukar sekiranya tidak memperlengkapkan diri individu kepada pengetahuan yang menyeluruh tidak kira dari aspek amali atau teori. Seandainya kedua-dua aspek ini dapat dipenuhi, maka akan lahirlah masyarakat yang mempunyai daya saing berkualiti dan seterusnya membawa keuntungan pada Negara.




1.2  Objektif latihan industry

          Menjalani latihan industry merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh politeknik Malaysia yang mana ia adalah syarat wajib bagi semua pelajar politeknik Malaysia sebelum diperakukan untuk dianugerahkan sijil atau diploma politeknik. Latihan industry ini boleh dibuat sama ada di dalam atau di luar politeknik dan ia dianggap sebagai satu pendedahan awal yang penting dan sangat ini berguna kepada para pelajar yang mana perlu menggunakan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya.

          Selain dapat memperbaiki sikap dan moral seseorang, pelajar juga dapat menambah serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan. Ini adalah antara sebab mengapa latihan industry penting bagi setiap pelajar yang menuntut di politeknik. Objektif utama latihan industri adalah untuk memberikan pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Penyesuaian diri dalam mengharungi alam pekerjaan akan memberikan pemahaman serta keberkesanan yang lebih mendalam kepada para pelajar dalam mengendalikan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan sebaik selesai menjalani latihan industry.

          Perasaan untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan, memberi semangat baru kepada para pelajar yang telah menjalani latihan industry agar tidak gentar mengharungi pelbagai cabaran pada masa hadapan kelak. Ia juga menimbulkan perasaan untuk terus berjuang dalam meningkatkan prestasi para pelajar terhadap pelajaran dan pembelajaran. Para pelajar perlu sedar akan objektif latihan industry ini yang mana telah menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal serta kemahiran para pelajar.
            
          Setelah menjalani latihan industry, para pelajar dapat menanamkan sifat yang mulia seperti beramanah dan bertanggungjawab. Sifat-sifat ini secara tidak sedar telah disgunakan apabila sesuatu tugas itu diberikan oleh pihak atasan. Daripada itu juga, ia memberikan para pelajar suatu perasaan supaya yakin untuk membuat sesuatu tugas
yang diamanahkan. Sifat keyakinan itu akan membuahkan kejayaan berdasarkan rasa tanggungjawab tersebut. Dengan ini nyatalah, latihan industry ini dapat membina keyakinan diri para pelajar agar tidak gentar mengharungi alam pekerjaan yang sebenar kelak.

         Mengharungi alam pekerjaan memerlukan kita berhubung dengan orang ramai, kerana kita hidup bermasyarakat. Oleh itu, melalui latihan industry juga para pelajar dapat memperluaskan pergaulan dengan rakan sekerja. Bekerja dibawah satu bumbung membuatkan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Selain itu, ia akan mewujudkan suasana yang harmoni sesama pekerja dan majikan. Untuk itu, komunikasi dan perhubungan yang baik ternyata amat penting dalam diri seseorang. Seterusnya akan menanamkan semangat kerja berpasukan dan saling tolong menolong. Melakukan atau memikul tugas yang diberikan membolehkan pihak majikan menilai setakat mana kebolehan pelajar tersebut dalam melakukan sesuatu tugas yang telah diamanahkan.

          Latihan industry dapat menonjolkan pengenalan diri pelajar itu sendiri. Ia bergantung kepada kesanggupan, kebolehan, sikap serta tindak balas belajar terhadap bakal majikan kelak. Sebagaimana persepsi yang ditonjolkan, maka sebolehnya kita akan lakukan yang terbaik apabila berada dialam pekerjaan yang sebenar kelak. Para pelajar dapat mengambil pelbagai inisiatitif dan pengajaran sepangjang menjalani latihan industry.


1.2.1 Secara am, objektif latihan industry boleh disenaraikan seperti berikut:

1)    Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar
2) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.
3) Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesame rakan sekerja.
4)    Menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan keyakinan.
5)    Mengamalkan peraturan keselamatan di dalam industry.
6)    Boleh berkomunikasi dengan berkesan.
7)  Menyediakan laporan rasmi dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik.


1.3 Objektif laporan

                 Pelajar yang tamat menjalani latihan industry diwajibkan menyediakan laporan latihan industry. Laporan tersebut adalah mengenai segala aktiviti pelajar semasa menjalani latihan di sesebuah firma atau syarikat. Antara tujuannya:

1)Penerangan terperinci – menerangkan secara terperinci apa yang dipelajari dengan pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani latihan tersebut. Pelajar juga dapat menyiapkan semula semua maklumat dan penerangan yang diberikan oleh pembimbing semasa menjalankan latihan industry ianya amat berfaedah sebagai rujukan kepada pelajar politeknik kementerian pendidikan Malaysia.

2)Menyediakan laporan yang bermutu dan berkaitan – laporan yang bermuti adalah laporan yang mempunyai kaitan antara kursus yang diikuti di politeknik. Ia juga dapat meningkatkan daya pemikiran dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan satu laporan yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar politeknik kementerian pendidikan Malaysia.

3)Sebagai bukti tamatnya menjalani latihan industry – penyediaan laporan yang bermutu oleh setiap pelajar politeknik kementerian pendidikan adlah sebagai bukti seorang pelajar itu telah menjalani latihan industry dengan sempurna selama 5 hari. Penyediaan laporan latihan industry oleh setiap pelajar tersebut telah menjalani latihan industry dalam tempoh yang ditetapkan oleh unit latihan industry politeknik kementerian pendidikan Malaysia.


1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar


                Pelajar politeknik sewajarnya bertuah kerana latihan industry dimasukkan sebagai satu kompenan utama dalam kokurikulum pembelajaran politeknik. Latihan industry adalah merupakan satu corak luaran supaya pelajar dapat mengalami suasana pekerjaan yang sebenar. Dalam bidang kursus manapun yang di ambil semasa kuliah, kepentingan latihan industry ini tidak dapat dipertikaikan kerana ia memberikan satu pendedahan yang luas kepada pelajar dalam pelbagai aspek. Latihan industry dilihat dapat member kepentingan kepada para pelajar. Antaranya adalah seperti berikut:

1)Daripada sudut kerohanian, para pelajar akan didedahkan dengan nilai yang terpuji di mana ia membuka minda dan perspektif para pelajar mengenai peranan, tingkah laku dan daya usaha seseorang pekerja.

2)Para pelajar dapat mempraktikan pengetahuan semasa latihan di dalam menjalankan projek akhir.

3)Memberikan pendedahan awal kepada pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar yang lebih realistic dan mencabar di mana segala pengetahuan, pengalaman dan kemahiran ini perlu digunakan.

4)Melahirkan sifat positif dalam diri pelajar lepasan politeknik sebaik sahaja ingin memulakan kerja.

No comments:

Post a Comment