Monday 18 April 2016

RUJUKAN



1.    Buku garis panduan Latihan industry Politeknik


2.    Internet

i.              www.pbu.edu.my
ii.            www.celcom.com.my


3.    Semua kakitangan JN BUSINESS CENTRE

i.              Puan Norzatolliza
ii.            Syaza
iii.           Intan
iv.           Nazmi


Buku Laporan Harian

DAPATAN DAN CADANGAN



          Menjalani latihan indusrti merupakan langkah yang bijak dan tepat selaras dengan pembangunan Negara. Dengan adanya latihan industry ini, pelajar dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman serta mengetahui keadaan alam pekerjaan yang sebenar. Peranan yang dimainkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ini dapat melahirkan bakal intelek dan tenaga mahir yang berkualiti serta onovatif kea rah kecemerlangan menuju wawasan 2020. Melalui pengalaman sebeginilah, pelajar-pelajar juga harus membuat perancangan yang teliti bagi menentukan sesuatu usaha itu boleh dicapai.


          Apabila selesai menjalani latihan ini, para pelatih dikehendaki menyediakan laporan lengkap mengenai latihan yang telah dijalankan. Salah satu tajuk yang diwajibkan adalah dapatan dan cadangan daripada pihak firma itu sendiri. Ia bukanlah untuk mencari kelemahan dan kesilapan pihak tersebut tetapi ia diharap dapat memajukan lagi kedua-dua pihak pada masa akan datang.


          Dapatan yang pertama saya perolehi semasa menjalani latihan industry di firma tersebut ialah pengalaman berhadapan dengan orang ramai yang dianggap sebagai sasaran pelanggan celcom bagi produk yang bersesuaian oleh celcom. Mempelajari cara berkomunikasi dengan orang ramai dengan pelbagai teknik antaranya memujuk, penerangan serta pendapat kepada orang ramai.
       Dapatan kedua yang saya perolehi ialah pengurusan pejabat. Ia mengenai susun atur dokumen serta mengfailkan dokumen dengan lebih teratur. Selain itu, persekitaran pejabat juga perlu dipersembahkan dalam keadaan yang bersih, kemas dan teratur supaya member keselesaan kepada pelanggan yang hadir dan kakitangan yang berada di pejabat.


          Cadangan yang pertama ialah sebelum mengambil seseorang pelatih, pihak firma diharap supaya mendapatkan semua maklumat lengkap mengenai pelatih
Seperti maklumat kesesuaian latihan agar dapat membantu memilih pelatih yang bersesuian sahaja untuk menjalani latihan di firma tersebut. Pihak firma juga diharap member sepenuh komitmen di dalam melatih pelatih yang melakukan latihan khususnya kepada pelajar yang belum mahir.



          Cadangan yang kedua ialah pihak firma disarankan supaya tidak mengambil terlalu ramai pelatih kerana apabila terlalu ramai maka akan terdapat sesetengah pelatih yang kurang mendapat pendedahan, kekurangan tenaga pengajar dan sebagainya. Selain itu, seoleh-bolehnya pihak firma menyediakan jadual yang teratur untuk pelajar. Ini akan memudahkan pelajar membuat kerja dan laporan harian. Dengan ini pelajar akan mengetahui tentang kerja yang dilakukan

KESIMPULAN


          Selama lebih 20 minggu saya menjalani latihan industry, saya dapati ilmu-ilmu yang telah saya pelajari sepanjang tempoh latihan di JN USINESS CENTRE banyak membantu saya dalam kehidupan seharian mahupun di politeknik kelak. Pengalaman yang diperoleh I akan diguna pakai seagai satu pengetahuan yang sangat berguna. Pengetahuan yang di ajar semasa pembelajaran di politeknik telah digunakan semasa tempoh latihan, sekarang sampailah masanya pengetahuan yang diajar sepanjang latihan industry dipraktikkan untuk pemelajaran politeknik.


          Selain daripada itu, saya dapati belajar dapat menambahkan lagi kemahiran pemasaran yang telah dipelajari dalam pelbagai bidang. Semasa latihan yang dijalankan di JN BUSINESS CENTRE, pelajar telah diajar bagaimana berurusan dengan pelbagai sudut latar belakang serta pekerjaan mereka bagi menawarkan pakej yang ditawarkan oleh CELCOM kepada setiap pelanggan yang hadir. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam menawarkan pakej kepada pelanggan.


          Pelajar juga diberi dua pembahagian kerja samada di dalam pejabat mahupun di luar pejabat. Semasa pelajar berada di pejabat pelajar lebih ditekankan dalam bidang pengurusan serta member khidmat pelanggan kepada pelanggan yang hadir. Manakala apaila pelajar melakukan kerja di luar pejabat, pelajar dapat mempelajari cara berkomunikasi sertapendekatan yang lebih dekat dengan pelanggan dengan cara menemuramah pelanggan serta memuat penjualan terus kepada pelanggan.

          Seseorang pelajar yang telah tamat menjalani latihan industry akan leih matang pemikiran. Ia juga akan lebih bertanggungjawa, berdisiplin serta amanah. Sepanjang 20 minggu saya menjalani latihan, saya dapati pengalaman sangat penting kepada setiap pelajar sebelum mereka memulakan kerjaya masing-masing. Dengan pengalaman yang telah ada, kita akan dapat mengambil ikhtibar dan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang bakal dihadapi kelak. Pengalaman juga dapat membantu pelajar dalam usaha mencari pekerjaan dan berkomunikasi di antara masyarakat.

          Secara keseluruhannya, latihan industry adalah sangat penting kepada pelajar
Dan ianya berguna untuk menambahkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan serta kemahiran di dalam sesuatu bidang. Peluang yang ada ini diharap pelajar akan dapat mempergunakan sebaiknya sebagai satu langkah kecil untuk mencapai kejayaan yang besar pada masa hadapan.

          Oleh yang demikian, setiap pelajar politeknik adalah beruntung kerana dapat mengalami suasana pekerjaan yang sama dengan bidang mereka ceburi itu dengan mengikuti latihan industry yang diadakan di setiap politeknik. Amat rugilah jika sesebuah institusi pengajian tinggi tidak menyenaraikan program latihan industry sebagai satu syarat wajib yang harus dijalankan sebelum menamatkan pengajian kerana program ini sangat bermanfaat kepada pelajar.